SEJARAH SEKOLAH

 

Matang Gerdu ialah sebuah kampung bertaraf luar bandar , kira-kira 5 km dari bandar Bagan Serai. Jalan perhubungannya tidak sukar kerana kedudukannya di tepi jalan raya. Terletak di laluan bas yang menghubungkan Pekan Kuala Kurau dengan Bagan Serai.

Pada awalnya di sekitar laluan jalan raya terdapat kebun-kebun kelapa dan ladang kelapa sawit serta terdapat beberapa buah kampung seperti kampung Parit Sulaiman, Kampung Parit Hj. Hassan, Kampung Parit Husin, Kampung Parit Jawa, Kampung Sungai Dungun, Kampung Parit Hj. Amin di sebelah kiri menghala ke bandar Bangan Serai dan dan kampung Matang Gerdu.

Pada tahun 1990 telah terdapat sebuah taman perumahan iaitu Taman Serai Jaya bersebelahan dengan sekolah ini. Dengan adanya taman tersebut, bilangan murid yang bersekolah di sini turut bertambah. Pada tahun 2000 sebuah lagi taman perumahan diwujudkan di Matang Gerdu.jadi bilangan murid makin bertambah ramai.

Sekolah Kebangsaan matang Gerdu telah diasaskan oleh penduduk tempatan dalam tahun 1954. Bangunannya berukuran 30m X 8m beratapkan zing, berdinding papan dan berlantai simen. Pada ketika itu, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Matang Gerdu.

Pada Hari Isnin, 1 Mac 1954 , bermulalah sejarah baru dalam bidang pelajaran dan pendidikan di kampung ini. Sekolah Melayu Matang Gerdu memulakan peranannya. Guru besar yang pertama ialah Encik Muhd said bin haji Omar yang berkelulusan SITC. Tugasnya dibantu oleh Encik Yang Ahmad bin Abd. Wahab yang juga dari SITC dan Cik Latifah binti Aminon, seorang Guru Pelatih. Seramai 233 orang murid yang telah hadir untuk mendaftarkan diri, semuanya dalam darjah satu.